Friday, 16 December 2011

Thursday, 8 December 2011

Bersyukur atas nikmat tubuh badan yang diberi.....

Tubuh badan merupakan anugerah Ilahi yang sangat bernilai dan tidak boleh dinilai dengan wang ringgit walau setinggi gunung.  Dengan tubuh badan yang sempurna dan sihat, kita dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik.  Tubuh badan kita terdiri daripada anggota-anggota yang tertentu yang bertindak menjalankan fungsi-fungsinya.  Mari kita kenali anggota tubuh badan kita dan tugas-tugas yang dilakukan:


  Sekarang kita telah mengetahui bahagian-bahagian tubuh badan mengikut gambarajah yang telah ditunjukkan.  Mari kita lihat pula fungsi setiap anggota tubuh badan kita melalui lirik lagu "Tubuhku dan Gunanya.

Saturday, 19 November 2011

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah buat semua..

Pertamanya saya mengucap syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dipinjamkan kesihatan yang baik, kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.  Syukur juga kerana sudah dapat memulakan  Tugasan 1C, Pembangunan Blog P&P bagi Subjek Teknologi Maklumat Sekolah Rendah(KRT3013).  Walaupun pembinaan blog ini baharu di peringkat awal, saya amat mengaharapkan agar ianya dapat memenuhi kriteria yang diminta oleh pensyarah.  Saya juga mengharapkan  agar rakan-rakan dapat memberi komen dan pandangan di blog saya.  Saya telah memilih topik Anggota Tubuh, Subjek Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1.